Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anak Tok Nan Rayu...

LUNDU - Anak bongsu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini meminta pengundi...

Husni Gesa Badan Multilateral...

KUALA LUMPUR - Organisasi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Asian...

Wanita Alah Pada Suami,...

BAGI pasangan suami isteri, saat-saat bersama sememangnya dinantikan namun berbeza dengan Johanna Watkins...

162 Premis Di Negeri...

SEREMBAN - Sebanyak 162 premis di Negeri Sembilan mendapat Sijil Perakuan Bomba bagi...

Virus Korona: China Kenakan Perintah Kuarantin Di Wuhan

KUALA LUMPUR – China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan susulan penularan wabak virus korona.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di wilayah berkenaan tidak dibenarkan keluar.

“Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula jam 10 pagi ini. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan,” menurut catatan tersebut.

Media semalam melaporkan setakat ini sembilan maut akibat virus itu manakala kira-kira 400 lagi telah dijangkiti.

Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan virus berkenaan telah memasuki negara itu.


Pada Isnin lalu, Suruhanjaya Kesihatan Negara China mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan virus korona baharu itu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit.

Kategori