Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

Aliran Trafik Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama negara bergerak lancar dan...

Pemilihan PKR: Keputusan Melaka...

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan untuk...

Gandingan Pandelela, Gabriel Kutip...

KOMBINASI Pandelela Rinong dan Gabriel Gilbert Daim menghadiahkan sebutir lagi pingat emas buat...

Kaum Ibu Disaran Galakkan...

SIMUNJAN - Sasaran kerajaan untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) di bawah...

Warisan Nafi Dakwaan Najib Projek Pan Borneo Terbengkalai

KIMANIS – Dakwaan bahawa pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah kini terbengkalai adalah tidak benar, kata naib presiden Warisan, Peter Anthony.

Peter yang juga menteri pembangunan infrastruktur Sabah, berkata, projek mega itu masih diteruskan meskipun sebelum ini syarikat konsesi yang membangunkan lebuh raya itu ditamatkan kontrak susulan dipalit kontroversi.

Beliau juga menepis dakwaan bahawa pembinaan lebuh raya itu merupakan hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Sabah, sedangkan pelaksanaan projek itu memang menjadi tanggungjawab mereka selaku kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Mereka (BN) dakwa kononnya itu hadiah daripada BN, tetapi mereka jangan lupa hasil dari Sabah ini dibawa ke Kuala Lumpur dan itu (hasil) yang sebenarnya membiayai Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru 2020 di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Pakatan Harapan (PH) menyekat usaha BN untuk menukar landskap ekonomi rakyat Sabah apabila projek mega Lebuh Raya Pan Borneo kini terbengkalai.


Najib berkata, projek berkenaan adalah hadiah kerajaan BN kepada rakyat Sabah dengan membina lebuh raya tanpa tol itu.

Dalam pada itu, Peter yakin masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Parlimen Kimanis akan memberi sokongan penuh kepada calon Warisan kerana UMNO dan BN sudah diberi peluang terlalu lama untuk membangunkan Sabah, namun gagal.

PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang yang juga ketua Warisan Kimanis dan calon BN, Mohamad Alamin yang merupakan ketua UMNO Kimanis.

Kategori