Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pemandu, Kelindan Lori Direman...

BATU GAJAH - Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari...

“Saya Tidak Akan Jadi...

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk tidak...

Tun M Hadiri Persidangan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat...

Lebih Ramai Akan Menganggur...

PETALING JAYA - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mengingatkan bahawa lebih separuh graduan tempatan...

WHO Puji Usaha China Kekang Wabak Virus Korona

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji langkah diambil China selepas Beijing menangguhkan semua penerbangan dan perjalanan kereta api keluar dari Wuhan bermula hari ini.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, langkah yang diambil itu boleh meminimumkan risiko sebaran global.

Wuhan adalah bandar di mana terdapat 11 juta penduduk yang menjadi pusat penyebaran wabak dengan mencatat 17 kematian dan menjangkiti ratusan orang.

“Langkah itu akan meminimumkan peluang wabak mereka di peringkat antarabangsa,” katanya kepada wartawan di Geneva.

Terdahulu, pihak berkuasa mengumumkan penerbangan dan perkhidmatan kereta api keluar dari Wuhan digantung sementara mulai jam 2 pagi (waktu tempatan) manakala bas awam dan pengangkutan bawah tanah serta yang membabitkan perjalanan jauh turut dihentikan sehingga makluman lanjut.

“Tanpa alasan khas, penduduk tidak boleh meninggalkan Wuhan,” kata pusat kawalan khas memerangi virus itu di bandar terbabit.


Keputusan itu dibuat ketika ratusan juta penduduk negara itu bakal melakukan perjalanan ke serata tempat sempena cuti Tahun Baru Cina.

Pegawai bandar itu menggesa orang ramai supaya tidak berkunjung ke Wuhan, sementara penduduk pula perlu mengelak daripada meninggalkan bandar berkenaan.

Upacara sembahyang di Tokong Guiyuan, Wuhan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang menarik kehadiran 700,000 orang pada tahun lalu turut dibatalkan. – Agensi

Kategori