Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan...

Harga Minyak Turun, Kurangkan...

KOTA BHARU - Penurunan harga petrol dan diesel mengurangkan 10 hingga 11 peratus...

Suhakam Puji Pendirian Najib...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji Perdana Menteri, Datuk...

1,214 Sekolah Laksana Program...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,214 sekolah di seluruh negara memilih untuk melaksanakan Program...

Zarith Sofia Didenda RM27,000 Simpan, Kurung Anak Beruang

KUALA LUMPUR – Tindakan bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia menyimpan dan mengurung seekor anak beruang matahari di rumahnya, membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM27,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim Manirah Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Zarith Sofia atau nama penuhnya Zarith Sofia Mohd Yasin, 28, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula.

Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM20,000 bagi kesalahan menyimpan, manakala untuk pertuduhan mengurung haiwan berkenaan dia dikenakan denda RM7,000.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, penyanyi itu didakwa menyimpan seekor beruang matahari (Helarctos Malayanus) tidak matang iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas.

Bagi pertuduhan itu, Zarith Sofia didakwa mengikut Seksyen 69(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa mengurung anak beruang matahari itu di dalam premis yang tidak sesuai atau kondusif bagi keselesaan atau kesihatan hidupan liar berkenaan.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 86(1)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 86(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di kediamannya di Sentrio Pandan, Jalan 3/76D, Desa Pandan, di sini, jam 8 malam, pada 6 Jun tahun lalu.


Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri, memohon dikenakan hukuman denda dengan alasan ia adalah kesalahan pertama selain tidak mempunyai rekod lampau.

“Niat tertuduh hanyalah untuk menyelamatkan haiwan berkenaan dan tiada niat mendapatkan sebarang keuntungan,” katanya.

“Ketika beruang berkenaan dijumpai oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), haiwan itu berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan PERHILITAN, Nazarudin Kamarudin, membantah rayuan itu dan memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran.

“Ia bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat bahawa jenayah membabitkan hidupan liar adalah kesalahan yang dipandang serius oleh mahkamah di negara ini,” katanya.

Media sebelum in melaporkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan penyanyi wanita kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan di sini.

Wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada 8 malam selepas Perhilitan menerima maklumat awam dan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya. – BH Online

Kategori