Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

LGE Rayu Luluskan Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini merayu...

Ajar Anak Erti Susah,...

ZAMAN sekarang ni kalau nak berjalan-jalan, tak cukup RM1,000 dalam tangan jangan mimpilah...

Rakyat Jangan Tertipu Helah...

JOHOR BAHRU - Rakyat diharap tidak tertipu dengan helah pemimpin Parti Pribumi Bersatu...

Agong Zahir Ucapan Selamat...

Melaka : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Zuraida Bidas Najib Kritik Rasmi Balai Bomba Kimanis

PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin membidas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengkritiknya merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis selepas 2 tahun ia siap dibina.

Zuraida mendakwa Najib juga pernah melakukan perkara yang sama seperti dilakukannya itu.

“Najib itu buat tak tahu sahaja. Bukan tak tahu, dia pun buat kerja itu,” katanya pada sidang media di bilik media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Zuraida berkata perasmian balai bomba selepas 2 tahun siap adalah perkara biasa.

“Memang normal. Macam Yang di-Pertuan Agong rasmi masjid.

“Masjid sudah 10 tahun (siap), baru rasmi. Macam itulah juga,” katanya.


Najib menerusi Facebooknya pada 4 Januari lalu, mempersoalkan tindakan Zuraida merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis walaupun siap dibina pada Julai 2018.

“Hello, Zuraida. Balai bomba Kimanis ini siap bina Julai 2018.

“Yang kamu rasmi tahun 2020 ini kenapa? Untuk pengetahuan orang Kimanis, ini projek diluluskan oleh BN.

“Bajet RM7.73 juta kita beri. Mentang-mentang ada pilihan raya kecil, masa ini menteri-menteri Pakatan Harapan berlumba-lumba nak rasmi itu, ini di Kimanis,” tulisnya. – FMT

Kategori