Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Panggil Duta, Bantah...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memanggil Duta Besar China pada Isnin...

Polis Marin Terus Operasi...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor yang menjalankan operasi selama lima...

Denda RM150 Bagi Saman...

KUALA LUMPUR - Saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan...

Pendikir Tersohor Megat Nordin...

KOTA BHARU - Pendikir tersohor Kelantan, Megat Nordin atau nama sebenarnya Nor Din...

2 Kes Baharu Positif Coronavirus, Jumlah Terkini 14 Kes

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengesahkan dua lagi individu dikesan positif Coronavirus baharu (2019-nCoV) termasuk kes membabitkan warga tempatan yang tidak pernah ke China.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata kes pertama membabitkan seorang wanita berusia 40 tahun iaitu adik kepada lelaki warga tempatan yang dilaporkan positif 2019-nCoV, sebelum ini.

Katanya, kes berkenaan disifatkan sebagai kes pertama jangkitan tempatan kerana wanita berkenaan sebelum ini tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China, menjadikan sebanyak 14 kes dilaporkan sehingga hari ini.

“Pada 1 Februari lalu, wanita terbabit mengalami gejala demam dan sakit tekak sebelum mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 4 Februari lalu.

“Sebaik abangnya dikesan positif, Pejabat Kesihatan Kuala Muda, Kedah terus menjejaki wanita terbabit dan beberapa ahli keluarga lain bagi mendapatkan sampel klinikal.

“Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes berkenaan dilaporkan positif semalam. Beliau kini dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan berada dalam keadaan stabil. Seramai 41 lagi ahli keluarga lain yang disaring dilaporkan negatif,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian mengenai 2019-nCoV, di kementeriannya, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Dzulkefly berkata, bagi kes kedua pula ia membabitkan pelancong wanita dari Wuhan, China yang berusia 37 tahun.


“Wanita berkenaan tiba di negara ini bersama ibu dan tiga rakannya pada 25 Januari lalu. Mereka dilaporkan turut melawat lokasi pelancongan di sekitar Kuala Lumpur.

“Pada 1 Februari lalu, beliau mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami gejala demam ringan. Doktor yang merawat membenarkan wanita berkenaan pulang dan dia dibekalkan ubat bagi merawat gejala yang dialami serta menjalani pemantauan di rumah,” katanya.

Dr. Dzulkefly berkata, pelancong wanita terbabit bersama kumpulannya diarahkan untuk tidak ke mana-mana bagi menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

“Hasil lawatan oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai mendapati wanita terbabit masih bergejala dan dirujuk ke HKL sebelum dilaporkan positif semalam dan kini dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Dr. Dzulkefly berkata dengan pertambahan dua kes baharu berkenan, jumlah kumulatif kes bagi 2019-nCoV yang dilaporkan sehingga hari ini ialah 14 kes. – BH Online

Kategori