Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kuil Seafield Diminta Pulangkan...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor meminta pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di...

Mahasiswa, Universiti Perlu Miliki...

NILAI - Mahasiswa dan universiti perlu memiliki 'minda emas' yang akan menentukan kejayaan...

Sokong Kerajaan Kelantan Satu...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Hutan Seluas Singapura Dilulus...

Kumpulan alam sekitar Rimba Disclosure Project (RDP) mendakwa bahawa Semenanjung Malaysia akan menyaksikan...

30 Kereta Musnah, Depoh Simpanan DBKL Terbakar

KUALA LUMPUR – Kira-kira 30 buah kereta lama yang ditempatkan di sebuah depoh simpanan kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) musnah dalam satu kebakaran di Taman Connaught, Cheras di sini malam ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira 8.04 malam ini sebelum mengerahkan jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati depoh berkenaan sedang terbakar dan pasukan bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal api.

“Api dapat dipadam pada jam 10.18 malam dengan kebakaran kereta dianggarkan melibatkan 30 buah kesemuanya,” menurut kenyataan itu.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu.

Kategori