Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PLUS Belanja RM1b Pada...

KUALA LUMPUR – PLUS Expressways Bhd membelanjakan RM1 bilion pada 2016 untuk menyelenggara...

2 Gay Disebat 85...

JAKARTA - Sebuah mahkamah syariah tempatan di Banda Aceh menjatuhi hukuman sebat 85...

Hutang Dadah Punca Dibunuh...

JOHOR BAHRU - Kejadian pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi...

SPRM Tidak Tolak Mungkin...

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki...

8 Terbunuh, Serangan Di Bar Shisha

HANAU – Sekurang-kurang lapan orang terbunuh dalam dua kejadian tembakan di Hanau, kira-kira 20 kilometer (km) dari Frankfurt.

Polis memaklumkan, susulan itu, pasukan khas sedang memburu penyerang yang melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Anggota keselamatan dilengkapi senjata, menutup dua jalan di bandar Hanau, yang menyaksikan beberapa ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebuah helikopter polis kelihatan berlegar di ruang udara Hanau, iaitu bandar yang terletak di timur hab kewangan Frankfurt.

Namun, motif kejadian masih belum jelas. Media tempatan melaporkan, suspek melepaskan tembakan pada dua bar shisha di Hanau.

Serangan pertama berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan, demikian menurut polis. Saksi memberitahu mereka terdengar berpuluh tembakan dilepaskan.


Penyerang kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian pertama dengan menaiki sebuah kereta berwarna gelap.

Polis sudah mewujudkan hotline untuk membolehkan orang ramai yang mempunyai maklumat, menyalurkannya bagi membantu usaha memberkas pelaku terbabit.

Pada Disember 2016, 12 orang maut dalam serangan di tengah Berlih. – Agensi

Kategori