Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Skuasy Sumbang 2 Emas,...

MANILA - Sorakan penyokong tuan rumah yang bergema di Manila Polo Club sedikit...

Kes Pertama Kali Virus...

MIAMI - Kes pertama virus Zika yang disebarkan melalui hubungan seks dilaporkan berlaku...

Melaka Beri Insentif RM50,000...

MELAKA - Kerajaan Melaka akan memberi insentif sebanyak RM50,000 kepada beregu campuran badminton...

Pihak Berkuasa Tahu Wujud...

PUTRAJAYA - Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan...

90 Ahli Parlimen Dipanggil Menghadap Agong

HANYA 90 Ahli Parlimen dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Semua Ahli Parlimen itu, bagaimanapun, tidak mengikut parti dengan pertemuan secara bersemuka itu dilakukan secara rawak mengikut kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, menjelaskan proses temu bual itu akan dilakukan sendiri Yang di-Pertuan Agong dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Katanya, makluman kepada semua Ahli Parlimen berkenaan dilakukan pihak Istana Negara, semalam, dengan proses itu selaras dengan Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Setiap Ahli Parlimen diperuntukkan antara dua hingga tiga minit untuk menyatakan pandangan masing-masing, sepanjang proses temu bual berlangsung.


“Baki lagi 131 Ahli Parlimen akan dipanggil menghadap baginda, esok, selain keseluruhan proses temu bual ini dijangka tamat pada 7 malam nanti.

“Setakat ini kita tidak boleh dedahkan siapa Ahli Parlimen yang dipanggil menghadap baginda hari ini. Bagaimanapun, tiada sesiapa bekas menteri atau timbalan menteri yang akan menyertai sesi ini.

“Baginda perlu mendapatkan kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang yang dipilih (Perdana Menteri),” katanya dalam sesi taklimat ringkas di Pintu Utama Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini. – myMetro Online

Kategori