Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Gaji Konstabel Polis Bawah...

IPOH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan tangga gaji permulaan bagi...

Elaun Khas Dicadang Buat...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta kerajaan supaya menimbangkan untuk...

Island Music Fesival 2018...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak pernah mengeluarkan permit penganjuran Island Music Festival...

KKM Sambut Baik Keputusan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan...

Ada Muslihat Licik, Tapi Mahathir Tetap Pegang Janji

PUTRAJAYA – Pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetap mempertahankan Perjanjian Muafakat PH yang dimeterai dua tahun lalu bagi mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata, perjanjian yang dimeterai pada 7 Januari 2018 menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Ke-7 dan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-8.

“Selama hampir dua tahun usia PH, muafakat tersebut tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu,” katanya.

Menurutnya, satu pertemuan telah diadakan dengan Dr. Mahathir berikutan ada usaha licik daripada PAS, UMNO dan sebilangan kecil dari PKR sendiri yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinannya sehingga akhir penggal.

“Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr. Mahathir Mohamad membincangkan mengenai peralihan kuasa,” katanya.


Tambahnya, beliau cenderung agar Dr. Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari ini,” katanya.

Semalam, portal Sarawak Report melaporkan sumber mendakwa bahawa ahli parlimen dari UMNO, PAS, Bersatu selain ahli parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali “telah digesa untuk datang ke Kuala Lumpur” bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam terakhir. – Sinar Harian

Kategori