Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

JKNT Jejak Penerima Sijil...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang...

Ahmad Bashah Keluar Dari...

GEORGETOWN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dibenarkan keluar...

Polis Temui Rangka Budak...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh...

Jawatankuasa Audit Bebas Siasat...

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa audit bebas telah dibentuk bagi menyiasat masalah air...

Agong Berangkat Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-256

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat hadir, Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra; Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Johor diwakili Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; dan Selangor diwakili Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mesyuarat turut disertai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing dan Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

Kategori