Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JDT Tak Pernah Kalah...

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar...

Presiden Palestin Gesa Israel...

RAMALLAH : Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa menggesa Israel melaksanakan perjanjian yang...

Al-Fatihah… Ibu Mawi Meninggal...

RAMLAH SARLAN, ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi telah menghembuskan nafasnya...

Pemilik Ladang Terima 8...

KANGAR - Sudahlah kerugian lebih RM1,000 akibat mangga harum manisnya yang belum matang...

Agusta Terhempas: Hasil Siasatan Diketahui Dalam 2 Hari

TAWAU – Hasil siasatan kejadian helikopter Agusta Westland AW139 terhempas di sini malam tadi akan diketahui dalam tempoh dua hari.

Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah, ACP Ahmad Lokman Abdul Hadi berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan menjalankan siasatan setibanya unit itu di sini, pada 4.30 petang hari ini.

“Hasil siasatan itu kemudian akan dikongsikan untuk pengetahuan umum dan selesai siasatan, bangkai helikopter berkenaan akan dipindahkan balik ke Kota Kinabalu melalui jalan darat tertakluk kepada kebenaran BSKU,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beliau berkata, posisi enam mangsa terlibat termasuk seorang jurutera awam akan dikekalkan sementara di sini sehingga rakaman siasatan diselesaikan.

Dalam pada itu, sejurus selepas kejadian malam tadi kesemua mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kru PGU yang mengalami kecederaan adalah Sarjan Wedrich Sindih, 34, dipercayai patah tulang leher dan tulang pinggul sebelah kiri dan kanan, selain turut cedera Sarjan Radzie Radaie, 40, yang patah tiga ruas tulang rusuk sebelah kanan.

“Kedua-dua anggota berkenaan akan dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut MRI selepas mendapat kebenaran daripada pihak hospital di sini,” katanya lagi dengan seorang lagi yang cedera terseliuh di tangan adalah ASP Shaike Faiqzal Johari, 34 tahun.


Tiga lagi yang cedera ringan, DSP Norhashim Ahmad, 44, Harry Joinin, 36, dan Koperal Andyrian Shah Mohd Saufi, 33 tahun.

Menurut Ahmad Lokman, kesemua mangsa dalam tugas rutin rondaan Ops Taring di kawasan pantai timur Sabah, selain terlibat dengan program Skuadron Perisai Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, Rabu lepas.

Beliau berkata, helikopter berkenaan diperoleh pada April tahun lepas untuk digunakan dalam operasi khas sekali gus memperkasa rondaan di kawasan pantai timur Sabah.

Semalam dilaporkan sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia membawa enam anggota PGU yang berlepas dari Lapangan Terbang Tawau, terhempas sewaktu cuba mendarat di Helipad Kem Batalion 14 PGA Tawau, Jalan Air Panas di sini pada 7.40 malam.

Anggota terlibat bergerak menaiki helikopter dari Lahad Datu ke Lapangan Terbang Tawau untuk singgah mengisi minyak helikopter, sebelum ke Kem PGA yang kemudian hilang kawalan lalu terhempas.

Kategori