Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PKR Perak Bertanding 5...

IPOH – PKR Perak akan bertanding bagi lima kerusi Parlimen dan...

UM Terus Melonjak Dalam...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) telah memperbaiki kedudukannya dalam World University Rankings...

Najib Perkenal Wajah Baharu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperkenalkan...

Jadikan Dusun Durian Tempat...

SEPANG - Dusun durian yang ditambah baik berpotensi menjadi pusat tarikan yang menawarkan...

Ahli Parlimen DAP Selesai Mengadap Agong

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP dilihat keluar meninggalkan pekarangan pintu dua Istana Negara kira-kira jam 4.20 petang.

Kesemua 42 Ahli Parlimen DAP mengambil masa lebih dua jam untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bas membawa semua Ahli Parlimen itu dilihat keluar dari pintu Istana Negara dengan sebahagian besarnya melambai tangan kepada petugas media yang ‘berkampung’ di kawasan itu sejak semalam.

Senyuman yang terukir di wajah kebanyakan Ahli Parlimen DAP juga menunjukkan seolah-seolah pertemuan mereka dengan baginda yang juga Ketua Negara, berlangsung dengan baik.

Dengan rombongan keluar pemimpin DAP ini, bermakna hampir kesemua Ahli Parlimen mewakili pelbagai parti politik sudah selesai mempersembah nama calon Perdana Menteri untuk dipertimbang Yang di-Pertuan Agong. – BH Online

Kategori