Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengalaman Di 2 Kementerian,...

BERIKUTAN saranan dikemukakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri...

Kementerian Pertahanan Kaji Semula...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengumumkan akan mengkaji semula keseluruhan Program Latihan Khidmat...

Bagai Mimpi Dapat Kahwin...

KUALA TERENGGANU - “Saya bagaikan bermimpi apabila memperisterikan wanita Itali,” kata Mohamad Khalies...

Malaysia Dipilih Tuan Rumah...

PUTRAJAYA - Malaysia diberi penghormatan dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Umum Pertubuhan Pendidikan,...

Ahli Parlimen Isi Borang Pilih Perdana Menteri Kelapan

KUALA LUMPUR – Ahli parlimen yang mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini diminta mengisi satu borang.

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pada borang berkenaan, beliau diminta memilih ahli parlimen yang disokong sebagai perdana menteri kelapan.

“Tiada berbincang, cuma isi borang siapa yang kita hendak jadi perdana menteri,” katanya ketika ditemui media sebaik keluar dari Istana Negara pada jam 4.45 petang tadi.

Ketika ditanya siapa yang beliau pilih, Fadilah menjawab ringakas dengan menyebut Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, temu ramah itu berjalan dengan baik dan lancar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak memberi sebarang komen.


Turut dilihat keluar dari Istana Negara, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Hari ini seramai 90 ahli parlimen akan ditemu ramah Yang di-Pertuan Agong berhubung situasi semasa politik negara.

Baginda juga akan mengenal pasti ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan. – Sinar Harian

Kategori