Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bayi Baru Lahir Ditingggalkan...

KUANTAN - Seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak berpakaian serta masih bertali pusat...

Agong, Permaisuri Ucap Selamat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and...

Rakyat Malaysia Maut Dalam...

SHAH ALAM - Seorang rakyat Malaysia maut manakala 10 lagi cedera dalam satu...

Hubungan Malaysia-Brunei Berada Pada...

PUTRAJAYA - Pemimpin Malaysia dan Brunei bersempena Perundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 Malaysia dan...

Aksi Mendaratkan Pesawat A380 Dalam Ribut

LONDON – Aksi mendebarkan dua juruterbang mendaratkan pesawat penumpang terbesar dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow sambil melawan angin kencang berjaya dirakamkan.

Pesawat Airbus A380 milik Etihad yang diterbangkan dua juruterbang itu dapat dilihat dengan jelas terhuyung hayang menghampiri landasan apabila cuba mendarat Sabtu lalu, ketika Ribut Dennis sedang melanda.

Angin kencang sehingga 50 kilometer (km) sejam turut direkodkan di lapangan terbang utama London itu, ketika dilanda ribut berkenaan, yang keempat paling kencang selepas Ribut Ciara.

Puluhan penerbangan terpaksa dibatalkan di Heathrow, namun kedua-dua juruterbang Etihad itu berjaya mendaratkan pesawat seberat 573.794 kilogram (kg) itu dengan sekali cubaan.

Menggunakan kaedah pendaratan ‘ketam’, iaitu kemahiran aras tinggi yang memerlukan juruterbang membawa pesawat masuk ke dalam pusaran angin sebelum mendarat pesawat dengan cara mengiring pada kedudukan 90 darjah.

Rakaman video juga memaparkan bagaimana roda gear pendaratan akhirnya berjaya mencecah tanah sebelum pesawat berpusing dan menghadap kedudukan sepatutnya. – Agensi

Kategori