Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

1MDB: Nik Faisal Diambil...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Nik Faisal...

Awang: Disangka Komunis Kerana...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TELINGA Awang tiba-tiba sahaja berdesing. Mukanya berubah menjadi merah...

Kerajaan Belum Terima Tawaran...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya belum menerima tawaran secara rasmi daripada Maju...

JKKK Penting Tarik Rakyat...

KENINGAU - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan entiti yang amat penting...

Anak Tak Sah Taraf Tak Boleh Dibin, Binti Nama Bapa

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh dibin atau binti dengan nama bapanya.

Panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan dikemuka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ketua pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan mahkamah rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 2017, memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa dan sebaliknya perlu ‘dibin atau binti Abdullah’.

Hakim Rohana yang menyampaikan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu hari ini berkata, Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Melayu Islam kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga.

Beliau berkata, Seksyen 13A tidak diguna pakai dalam sistem nama orang Melayu dan tidak membolehkan anak-anak dibin atau binti dengan nama peribadi orang yang diketahui ialah bapa kepada anak itu.

Hakim Rohana, bagaimanapun mengeluarkan perintah penting bagi ketua pengarah JPN mengeluarkan ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu dalam kes ini.

“Nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu kekal,” katanya.

Hakim Rohana berkata, ketua pengarah JPN tidak boleh menggunakan fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor.


Keputusan majoriti itu daripada Hakim Rohana, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun, manakala penghakiman minoriti daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nallini Pathmanathan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Kanak-kanak itu dilahirkan kurang enam bulan selepas pernikahan ibu bapanya, yang disifatkan sebagai anak tidak sah taraf di bawah Undang-Undang Syariah.

Ibu bapa kanak-kanak (yang identiti mereka dirahsiakan oleh mahkamah) itu memohon kepada JPN mengikut Seksyen 13 BDRA untuk kanak-kanak itu dibin dengan nama bapanya di dalam sijil kelahirannya tetapi JPN enggan menggantikannya dengan nama bapa atas alasan kanak-kanak itu tidak sah taraf, walaupun permohonan dibuat.

Ibu bapa itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 4 Ogos 2016.

Pada 25 Mei, 2017, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman mereka untuk mengarahkan ketua pengarah JPN menggantikan nama keluarga kanak-kanak berkenaan, iaitu ‘Abdullah’ dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.

Kategori