Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pemuda Hilang Sejak 2...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda yang dilaporkan hilang kira-kira dua minggu lepas di...

Polis Cari 2 Individu...

SUNGAI PETANI - Polis Kuala Muda ingin menghubungi dua individu bagi membantu siasatan...

Kenaikan Harga Tiket Taman...

LABUAN BOJO: Kerajaan wilayah Manggarai Barat menyambut baik keputusan kerajaan wilayah Nusa Tenggara...

Remaja 16 Tahun Maut...

SUNGAI PETANI - Remaja lelaki berusia 16 tahun mati akibat ditikam di dada dengan...

“Ashraf Lebih Sihat Daripada Kami” – Doddy

“SELAMA ini dia sihat saja, malah lebih sihat daripada kami,” kata pengurus kepada penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL, Doddy mengenai keadaan kesihatan Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia awal pagi, hari ini.

Doddy menerusi satu rakaman video bersama media Indonesia berkata, dia berharap semua pihak mendoakan supaya segala urusan berjalan lancar.

“Semoga arwah diterima, dilapangkan dan pemergian Ashraf sebagai Husnul Khatimah. Saya juga memohon doa semua supaya segala urusan hari ini berjalan lancar. Kita doakan yang masih tinggal ini diberi kekuatan untuk meneruskan hidup.

“Insya-Allah jika mengikut perancangan jenazah akan dikebumikan hari ini namun kami masih menanti ketibaan keluarga Ashraf dari Malaysia,” katanya.

Menurut Doddy, buat masa ini dia tidak dapat berkongsi mengenai keadaan BCL, namun mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Anda lihat sendiri saja nanti. Sekarang saya tak boleh nak jawab secara terperinci. Teman-teman juga tahu hubungan akrab BCL dan Ashraf, jadi saya harap anda semua faham dan doakan.


“Insya-Allah selepas selesai urusan pengebumian pasti akan ada kenyataan rasmi namun buat masa ini beri kami ruang untuk urusan memandikan jenazah sehingga dikebumikan,” katanya.

Jenazah Ashraf kini berada di rumah duka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan dan dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat selepas solat Asar, hari ini.

Allahyarham yang berusia 41 tahun meninggal dunia jam 4.51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung. – myMetro Online

Kategori