Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri ‘Raja...

KUALA LUMPUR - Tahun 2019 mencatat perubahan besar dalam fasa kehidupan Al-Sultan Abdullah...

Thailand Rancang Hantar Durian...

BANGKOK - Kerajaan Thailand merancang untuk menghantar durian ke orbit di angkasa dalam...

Pantau, Pastikan Peruntukan Sampai...

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan...

Pekerja Hotel Mengaku Salah...

TAIPING - Seorang pekerja hotel mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Azmin Tamak, Egoistik, Tiada Integriti – Ramasamy

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menyelar Azmin Ali berhubung pembabitannya dalam rundingan dengan ahli Parlimen UMNO pada Ahad lalu, mengatakan bekas timbalan presiden PKR itu tidak mempunyai integriti.

“Azmin dengan semua kepintarannya, bukan individu yang berintegriti dan mematuhi tatasusila,” kata pemimpin DAP Pulau Pinang itu dalam satu artikel yang mempersoalkan langkah Azmin membuat perubahan dalam parti pemerintah, yang dikatakan menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri.

Ramasamy mempersoalkan Azmin kerana menuduh orang lain berpaling terhadap Dr. Mahathir Mohamad, mengatakan beliau adalah “dalang di sebalik gerakan untuk membentuk satu gabungan baru”.

“Setelah berjuang keras menentang UMNO dan PAS sejak beberapa dekad lalu, Azmin akhirnya sanggup bergabung dengan mereka (UMNO dan PAS) untuk menghalang Anwar daripada menjadi perdana menteri.

“Kuasa, ketamakan dan egoisme akhirnya mengambil alih kebaikan Azmin, seorang yang setia kepada Anwar, salah seorang individu utama dalam gerakan reformasi,” kata Ramasamy.

Berikutan beberapa pertemuan tertutup melibatkan Azmin dan puaknya di PKR pada Ahad, parti itu membuat keputusan pada Isnin untuk memecatnya dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin.


Ia diikuti 9 ahli Parlimen termasuk 2 bekas menteri mengumumkan mereka keluar dari PKR untuk membentuk blok bebas.

Ramasamy mencadangkan agar mereka yang berada di sebalik pertemuan pada Ahad “direkodkan dalam sejarah sebagai penipu, pengkhianat dan mereka yang tidak ragu-ragu terlibat dalam bentuk tipu daya paling buruk”.

“Sejarah mungkin baik kepada mereka yang menangkis pasukan jahat yang cuba melemahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia kepada PH pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya. – FMT

Kategori