Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer...

Lelaki Mohon Maaf Bunuh...

IPOH - Seorang lelaki ditahan polis selepas memohon maaf dan mengaku dia telah...

Mahfuz Omar Gesa PAS...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendesak PAS kembali...

F1: Red Bull Nafi...

MEXICO CITY – Ketua pasukan Red Bull Racing, Christian Horner menepis spekulasi yang...

Bayar Penuh Kos Haji Bukan Jaminan Rayuan Diterima

PUTRAJAYA – Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan permohonan rayuan bakal jemaah musim 1441H/2020M diterima Lembaga Tabung Haji (TH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Mengulas isu ‘Borang Rayuan Haji’ yang antara lain meminta individu membuat perakuan persetujuan sama ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos itu tanpa Bantuan Haji TH, beliau berkata, perkara itu dipolitikkan oleh pembangkang.

“Merit rayuan tertakluk kepada beberapa kriteria yang menjadi keutamaan pertimbangan Tabung Haji, sama ada seseorang itu memutuskan untuk membayar secara penuh atau tidak, bukanlah menjadi kriteria.

“Mereka yang diberi keutamaan adalah yang merayu sebagai ‘mahram’, atau warga tua berumur 70 tahun ke atas dan pembantu mereka, serta mereka yang dipilih untuk menunaikan haji pada tahun sebelumnya tetapi terpaksa menangguhkannya,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji di sini, hari ini.

Mujahid berkata, orang kurang upaya dan mualaf turut menjadi keutamaan untuk dipilih.

Jemaah haji muassasah TH kekal membayar RM9,980 bagi musim haji tahun ini.

Beliau berkata, kebanyakan orang tidak tahu kos sebenar menunaikan haji ialah RM22,900, baki RM12,920 ditanggung TH dan ada yang mampu membayar kos penuh tanpa masalah.

“Kita hanya memberi pilihan kepada orang ramai sama ada ingin membayar penuh atau hanya RM9,980 (dengan bantuan haji). Itu pilihan mereka kerana ada yang mampu membayar RM22,900 tetapi memilih untuk membayar RM9,980 yang pada saya tidak wajar,” katanya.


Mengakui pembangkang mengambil kesempatan untuk mengelirukan orang ramai, Mujahid berkata bakal jemaah seharusnya menyedari kos untuk menunaikan haji semakin meningkat dan tidak akan turun.

Katanya, ia adalah pilihan yang diberi kepada bakal jemaah terutama yang mampu membayar penuh.

Baru-baru ini, ada pihak mempersoalkan rasional perakuan untuk ditandakan persetujuan sama ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos RM22,900 tanpa Bantuan Haji TH, hingga mewujudkan persepsi TH hanya akan mempertimbangkan mereka yang membayar penuh, mengakibatkan orang ramai keliru.

Terdahulu, Mujahid melancarkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji hasil kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan TH dan Visa yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif kepada pemegang kad.

Kad debit-i itu adalah kad eksklusif yang menawarkan pelbagai ganjaran tambahan termasuk pengecualian caj pengeluaran tunai di Arab Saudi ketika musim haji, tambang khas bagi perkhidmatan KLIA Ekspres serta diskaun eksklusif pakej TH Travel & Services.

Kategori