Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

RUU 355: PAS Tiada...

KUALA LUMPUR - PAS tiada masalah dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan...

Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala bapa dan...

84% Lokasi Wabak Denggi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 41 daripada 49 lokasi panas wabak demam denggi yang...

Ahli Parlimen BN Sokong...

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan UMNO bersedia menyokong pembentangan...

Bayi 1 Hari Mangsa Termuda Dijangkiti Koronavirus

WUHAN – Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus selepas 30 jam dilahirkan, sekali gus menjadikan mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti wabak tersebut.

Bayi itu dilahirkan pada 2 Februari lalu dengan berat 3.25 kilogram (kg).

Menurut laporan media tempatan CCTV, bayi yang dijangkiti itu tidak demam atau batuk tetapi mengalami sesak nafas.

Imbasan X-ray pada dada bayi berkenaan menunjukkan tanda jangkitan dan ketaknormalan fungsi hati.

Bagaimanapun, bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemantauan.


Difahamkan, ibu bayi berkenaan disahkan positif koronavirus sebelum melahirkan anaknya.

Menurut pakar di Jabatan Neonatal di Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Dr. Zeng Lingkong, bayi itu berkemungkinan dijangkiti virus tersebut ketika berada di dalam kandungan ibunya.

“Si ibu mungkin menjadi ‘laluan’ kepada anak untuk pemindahan (wabak) koronavirus,” katanya. – Agensi

Kategori