Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Arahkan Ahli Parlimen...

Kuala Nerus : Ahli parlimen diarahkan membelanjakan 70 peratus atau RM1.75 juta daripada...

Pasangan Warga Emas Terperangkap...

IPOHĀ - Misteri kehilangan pasangan suami isteri warga emas selepas pergi ke sebuah pasar...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan...

“Saya Sudah Nyawa-Nyawa Ikan...

BRISBANE - Walaupun jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang gagal menyumbang pingat...

Bayi Ditinggal Sendirian Maut Dalam Kebakaran

TAMPIN – Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Banghulu, Gemas di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.38 pagi itu, Siti Nur Aini Zulimi ditemui meninggal dunia dengan keadaan melecur 30 peratus dalam buaian elektrik di ruang tamu rumah terbabit.

Ketua Balai Bomba Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, bayi berkenaan tinggal berseorangan di rumah berkenaan selepas ibunya pergi ke pekan Gemas.

ā€œIbu bayi itu ada urusan di bandar dan meninggalkan pesan kepada jirannya untuk membantu melihat anaknya jika menangis.

ā€œBomba terima panggilan daripada seorang penjual ikan yang memaklumkan berlaku kebakaran di rumah mangsa apabila ternampak kepulan asap,ā€ katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Gemas dan Gemencheh berserta 16 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di ruang tamu rumah itu daripada merebak yang hanya menyebabkan kemusnahan 60 peratus.

ā€œSebaik api berjaya dipadamkan seorang bayi perempuan ditemui sudah meninggal dunia dengan keadaan badannya melecur 30 peratus di dalam buaian di ruang tamu.


ā€œNamun punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,ā€ katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superitendan Ahmad Pilus Zainal mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada kejadian berlaku mempunyai unsur khianat atau bencana.

ā€œHasil temubual dengan ibu bayi itu, dia keluar rumah lebih kurang jam 10.30 pagi untuk ke Pejabat Pos dan hanya mengetahui rumahnya terbakar apabila dihubungi jiran.

ā€œSuaminya pula sedang bertugas di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas,ā€ katanya. – Sinar Harian

Kategori