Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TPPA Tak Akan Jejas...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik tidak akan menjejaskan syarikat-syarikat vendor Bumiputera, kata...

Tabung Haji Akan Pohon...

GEORGE TOWN - Tabung Haji (TH) akan memohon untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak...

UPSR: Hadiah Seekor Lembu...

BESUT - Hadiah seekor lembu untuk dibuat kenduri menanti mana-mana sekolah di Hulu...

“Apa Pun Terjadi, Saya...

UMUM sudah tahu pernah wujud cinta antara pengacara, Neelofa dengan aktor dan pengarah,...

BN Johor Dapat Sokongan 33 ADUN Tubuh Kerajaan Baharu

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor mendakwa sudah mendapat sokongan daripada 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk lima ADUN Pakatan Harapan (PH), bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi manakala 34 kerusi diperlukan bagi mendapatkan majoriti dua pertiga kerusi DUN.

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad, berkata, jumlah itu membabitkan 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, MIC dan PAS, 11 ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tiga ADUN PKR dan dua ADUN Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pada masa ini, beliau berkata, pihaknya sedang menyelesaikan Akuan Bersumpah (SD) daripada 11 wakil rakyat BERSATU selain lima wakil rakyat PKR dan AMANAH.

“Alhamdulillah, semua 17 ADUN membabitkan 16 wakil rakyat BN serta seorang PAS sudah menandatangani SD bagi dikemukakan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Kita sedang menyelesaikan 11 SD dari BERSATU, tiga ADUN PKR dan dua lagi ADUN AMANAH. Kita yakin akan menyelesaikan semua sehari dua ini sebelum dipersembah kepada Sultan Johor secepat mungkin,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini.

Terdahulu, 16 ADUN BN dan seorang ADUN PAS menghadiri mesyuarat khas di lokasi sama.

Agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika ini terdiri daripada UMNO (14), DAP (14), BERSATU (11), AMANAH (9), PKR (5), MIC (2) dan PAS (1).

Ketika ini, Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat, adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan AMANAH.


Sementara itu, Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor turut menjelaskan tiada sebarang jaminan dan syarat dikenakan tiga ADUN PKR dan dua ADUN AMANAH yang bersetuju menubuhkan kerajaan bersama BN, PAS dan BERSATU.

“Mereka juga bebas memutuskan untuk menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai mana-mana parti di dalam gabungan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beberapa pemimpin DAP, PKR dan AMANAH yang menuduh penubuhan kerajaan dengan cara pintu belakang adalah pengkhinatan mandat rakyat, Hasni berkata, tidak timbul isu kerajaan pintu belakang kerana kerajaan negeri runtuh apabila kerajaan sedia ada hilang majoriti untuk berfungsi sebagai kerajaan.

“Kerajaan negeri sudah pun runtuh, tidak timbul langsung kerajaan pintu belakang. Yang pasti kerajaan baharu tidak ada ADUN DAP menyertainya,” katanya.

Mengulas mengenai siapa yang akan menerajui gabungan blok baharu kerajaan Johor, Hasni berkata, secara tradisinya di Johor, wakil rakyat yang menjadi majoriti akan mengetuai gabungan berkenaan.

Namun perbincangan mengenai siapa yang akan dinamakan sebagai Menteri Besar baharu belum lagi dijalankan dan ia perlu dibincangkan secara bersama. – BH Online

Kategori