Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bidaan Nombor Plat Siri...

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak membuka bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran...

PKPB: Kesesakan Teruk Di...

KUALA LUMPUR - Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah...

2 Jemaah Haji Meninggal...

GURUN - Dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Tanah Suci...

Video Lawak: Gigih Menari...

RAKAMAN seorang remaja lelaki yang gigih menari rave sebelum dipukul ibunya pada akhir...

Bukan Semua Masyarakat Di China Makan Haiwan Eksotik

KUALA LUMPUR – Tabiat memakan haiwan eksotik dalam kalangan masyarakat di China, yang seringkali dikaitkan dengan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV), bukanlah amalan keseluruhan rakyat republik itu.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata hanya segelintir sahaja yang mengamalkan pemakanan seumpama dan kerajaan negara itu kini sudah mula menerapkan kesedaran mengenai risiko kesihatan akibat memakan haiwan berkenaan.

Katanya, beliau sendiri serta keluarga tidak pernah dan berminat untuk menjadikan haiwan eksotik berkenaan sebagai pilihan makanan.

“Juga menjadi undang-undang dan peraturan, kerajaan China telah menguatkuasakan perlindungan maksimum ke atas flora dan fauna di China termasuk haiwan dan tumbuhan liar.

“Tetapi sudah tentu terdapat beberapa orang yang mempunyai pilihan bentuk pemakanannya untuk memakan haiwan liar apabila mereka berpendapat lebih berkhasiat,” katanya pada satu temu bual eksklusif bersama Bernama TV di pejabatnya di sini, hari ini.

Bai Tian berkata pada 26 Januari lepas, kerajaan China telah mengeluarkan pengumuman secara rasmi melarang pemerdagangan hidupan liar dan menggesa orang ramai untuk memahami sepenuhnya risiko kesihatan akibat pemakanan haiwan liar.

Menurut laporan media, pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) berjaya mengasingkan sejumlah besar kuantiti Koronavirus dari sampel alam sekitar yang didapati dari pasar makanan laut eksotik di Wuhan.

Kejayaan itu memberi petunjuk bahawa virus yang kini telah merebak ke lebih 20 negara itu berasal dari daging haiwan liar yang dijual di pasar itu.


Menurut Bai Tian, sejak penularan Koronavirus, kerajaan China telah mengambil langkah-langkah drastik dan proaktif dalam menangani wabak yang telah menyebabkan lebih 400 kematian di negara itu.

“Selepas penularan wabak itu, seluruh China digerakkan untuk memerangi wabak itu. Presiden Xi Jinping secara peribadi mengarah dan mengaturkan langkah untuk memerangi wabak itu,” kata Bai Tian.

Menurut beliau, Kerajaan China telah menggerakkan sistem pencegahan dan kawalan komprehensif dari pelbagai lapisan — iaitu dari pusat kepada kerajaan tempatan, dengan menempatkan wilayah Wuhan dan Hubei sebagai tumpuan.

Bai Tian juga tersentuh dengan komitmen semua pihak dalam menangani situasi getir ini umpamanya, lebih 50 pasukan perubatan terdiri daripada lebih 6,000 pegawai perubatan seluruh China membantu Wuhan merawat penyakit yang diakibatkan oleh virus ini.

Katanya, kesungguhan dan komitmen kerajaan negara itu dalam menangani virus berkenaan juga terbukti dengan pembinaan sebuah hospital dalam masa 10 hari sahaja dengan kapasiti lebih 1,000 katil, yang dianggap sebagai satu keajaiban.

Kategori