Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pastikan Bekalan Darah Mencukupi...

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, Johor meminta orang...

Jurujual Didakwa Curi Barang...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual kedai emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri...

Kos Kerajaan Ambil Alih...

KUALA LUMPUR – Kos yang perlu ditanggung kerajaan susulan penghapusan kutipan tol lebuh...

Suspek Lelaki Tikam Bekas...

ALOR SETAR - Suspek lelaki yang disyaki menikam perut bekas kekasihnya di tepi...

Butiran Terperinci Projek Pan Borneo Diumum 20 Februari

KAJANG – Kementerian Kerja Raya akan memaklumkan butiran terperinci termasuk kos sebenar projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak pada 20 Februari ini, kata menterinya Baru Bian.

“Kalau kos sebenar itu kita akan maklumkan selepas kementerian mengambil kuasa projek itu pada 20 Feb. 

“Tunggu pengumuman saya… banyak perkara yang belum diperincikan lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge’ di sini, hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata sebanyak RM3.1 bilion dapat dijimatkan berikutan penamatan perjanjian rakan pelaksana projek (PDP) projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak.

Guan Eng berkata anggaran implikasi kewangan kepada kerajaan dengan penglibatan syarikat PDP sebelum ini ialah RM21.9 bilion manakala anggaran implikasi kewangan setelah tamatnya perjanjian PDP ialah sebanyak RM18.8 bilion.

Baru berkata beliau juga akan memaklumkan mengenai kemajuan kerja fizikal projek tersebut.


Katanya beliau diberitahu bahawa projek itu telah mencapai kemajuan kerja sebanyak 43 peratus.

“Bagaimanapun, saya perlu turun ke bawah untuk mendapatkan informasi termasuk dari perunding bebas dan saya akan umumkan (kemajuan projek) juga pada 20 Februari ini,” katanya.

Sementara itu, Baru berkata penganjuran kali kedua acara ‘Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge’ di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang akan diadakan pada 4 Julai depan.

Katanya acara yang melibatkan peserta larian memakai kostum budaya masing-masing itu dapat mempamerkan budaya kaum di negara ini selain menggiatkan industri pelancongan.

Kategori