Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Polis Pangkat...

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan pihaknya menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat...

400 Terima Bantuan TN50...

REMBAU - Sebanyak 200 keluarga dan 200 murid sekolah rendah dari kawasan Parlimen...

Felda Terengganu Keluarkan Insentif...

KUALA NERUS - Felda Wilayah Terengganu telah mengeluarkan peruntukan  sebanyak RM14 juta yang disalurkan kepada 5,000 peneroka...

Sebanyak 104 Tukun Tiruan...

KEMAMAN - Jabatan Perikanan akan menambah 104 tukun tiruan di perairan negara tahun...

CIA Jual Alat Intipan Dimanipulasi Kepada 120 Negara

PETALING JAYA – Malaysia antara 120 negara membeli alat penyulitan yang dimanipulasikan dari sebuah syarikat Swiss dimiliki secara rahsia oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), lapor Washington Post.

Laporan itu tidak menyatakan bila Malaysia membeli peranti penyulitan itu daripada Crypto AG atau sama ada ia masih digunakan.

Peranti itu membolehkan CIA mengintip komunikasi sulit antara pegawai kerajaan.

Crypto AG ditutup pada 2018, tetapi produknya masih digunakan lebih 12 negara.

Washington Post melaporkan syarikat itu mengaut keuntungan daripada jualan peranti mereka ke seluruh dunia.


Ia memetik dokumen menunjukkan bagaimana CIA dan Agensi Keselamatan Negara AS mengawal hampir semua aspek operasi Crypto AG.

Katanya, kedua-dua agensi itu mendapat keuntungan daripada musuh dan sekutu sambil mengintip mereka.

“Ia adalah rampasan kuasa cerdik abad ini,” menurut dokumen yang dipetik akhbar itu. – FMT

Kategori