Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Sanggup Pegang Watak...

KUALA LUMPUR - Kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaan tidak membataskan penyanyi Ziana Zain...

Pegawai KPDNKK & Peniaga...

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor menahan tiga pegawai...

Mayat Lelaki Disyaki Dibunuh...

KINABATANGAN - Mayat lelaki dengan kesan tetakan di kepala dan pinggang ditemui di...

KKM Ambil Penguatkuasaan Isu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengilang...

COVID-19 Dijangka Jejas Ekonomi Negara Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2020 dijangka terkesan oleh penularan COVID-19 (coronavirus), kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Namun, beliau berkata, kesan buruknya terhadap ekonomi adalah bergantung kepada bagaimana teruknya virus itu menular dan tindak balas negara untuk menanganinya.

“Penularan coronavirus akan menjejaskan pertumbuhan Malaysia menerusi pelancong asing yang rendah serta perbelanjaan terhadap hotel, runcit, pengangkutan dan restoran yang rendah.

“Permintaan perlahan dan gangguan pengeluaran di China menjejaskan eksport Malaysia,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia suku keempat 2019 di sini, hari ini.

Nor Shamsiah berkata, industri perbankan sudah mengumumkan langkah untuk membantu mereka terjejas oleh penularan virus berkenaan.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia dijangka akan kekal disokong oleh perbelanjaan sektor swasta dan pemulihan aktiviti global. – BH Online

Kategori