Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Cari ‘Rider’ Tendang...

KUALA LUMPUR : Polis sedang mengesan seorang penghantar makanan yang bertindak menendang pengawal...

Ahmad Zahid Lawat Wisma...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Tak Reti Isi Minyak,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara perkongsian melalui Instagram (IG) Story mengenai insiden tidak tahu...

Helikopter TLDM Jalani Tiga...

KUALA LUMPUR - Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera...

CUEPACS Mohon Segerakan Bayaran GCR

KUALA LUMPUR – CUEPACS merayu kerajaan menyegerakan pemberian penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Presidennya, Adnan Mat, berkata GCR adalah antara beberapa perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 bagi perkhidmatan awam demi kebajikan anggotanya.

Katanya, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020 itu dinyatakan GCR sepatutnya boleh dituntut pada 1 Januari lalu, tetapi sehingga kini, tiada sebarang pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan perkara berkenaan.

“Dalam Belanjawan 2020 dinyatakan bagi Perkhidmatan Awam kerajaan memperuntukkan GCR sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

“Kita merayu perkara ini dipercepatkan dan kita mendapat banyak pertanyaan mengenainya,” katanya kepada BH dihubungi, hari ini.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Adnan menyatakan GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Ganjaran GCR ini hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.

Oleh itu, CUEPACS menuntut hak supaya pekeliling berkenaan GCR sebanyak 75 hari dikeluarkan selaras dengan pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober tahun lalu.


Beliau menjelaskan, dengan pembayaran GCR itu, kerajaan sebenarnya lebih untung kerana membayar penjawat awam dengan kadar bayaran gaji semasa bukannya gaji akhir perkhidmatan.

Berdasarkan pekeliling perkhidmatan awam, penjawat awam boleh menuntut sebanyak 150 hari GCR sepanjang tempoh berkhidmat selepas tamat perkhidmatan.

“Dengan pemberian ganjaran GCR untuk 75 hari cuti ini bermakna, perkhidmatan penjawatan awam yang sudah 15 tahun berkhidmat, hanya menuntut baki 75 hari saja.

“Berdasarkan maklumat, kebanyakan penjawatan awam yang berkhidmat lebih 15 tahun adalah kumpulan pekerja yang berusia 35 tahun dan ke atas. Dalam usia sebegitu, wang ganjaran ini sangat diperlukan bagi mengurangkan beban kakitangan awam,” katanya.

Justeru, katanya beliau merayu perkara itu disegerakan yang mana wang berkenaan dapat digunakan untuk membantu membayar hutang kakitangan termasuk hutang kad kredit, wang untuk persekolahan anak-anak, kemasukan ke universiti dan pusat pengajian tinggi atau digunakan untuk kakitangan awam yang berminat menyambung pelajaran. – BH Online

Kategori