Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kematian COVID-19 Cecah 2,236...

BEIJING - Jumlah yang dijangkiti COVID-19 di seluruh China kini seramai 75,465 orang,...

Apakah Pencapaian GLC Bantu...

KUALA LUMPUR - Pentas perbahasan Perhimpunan Agung UMNO sekali lagi mendengar keluhan berhubung...

Hadiah Perkahwinan Jadi Penutup...

HULU TERENGGANU - Selimut tebal Toto yang sepatutnya menjadi hadiah perkahwinan seorang anggota...

NST, Bernama, Astro Awani...

PELIK... Ketika Pakatan Harapan (PH) bangga laung konon amal kebebasan media, New Straits...

Demam Lassa Ragut 70 Nyawa Di Nigeria

MAIDUGURI – Angka korban akibat demam lassa di Nigeria meningkat kepada 70 orang.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC), lapan kematian baharu dicatatkan di tiga wilayah berasingan di negara tersebut.

“Seramai empat kakitangan perubatan turut dijangkiti wabak tersebut di Ondo, Delta dan Kaduna,” kata NCDC dalam satu kenyataan.

Jumlah kes dipercayai demam lassa meningkat secara drastik sejak pertengahan Januari iaitu dari 700 kepada 1,708 kes, manakala kes yang disahkan mencapai 472.

Demam lassa yang dinamakan sempena sebuah kampung di timur laut negeri Borno dikesan buat kali pertama pada tahun 1960-an dan ia merebak melalui najis atau air kencing tikus spesies Mastomys.


Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, pening, sakit tekak, batuk, mual, muntah, sakit dada dan hilang pendengaran.

Tiada vaksin ditemui bagi mencegah penyakit itu. – Agensi

Kategori