Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Kami Cuma Mahu FAM...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan tindakan persatuan itu membangkitkan...

6 Militan Maut Pertempuran...

SRINAGAR (Kashmir yang dikuasai India) - Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh dalam pertempuran di...

Peningkatan Ammonia Dikesan Di...

Shah Alam : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan permasalahan kualiti...

Panglima TLDM Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad...

Di Mana Polis Ketika Syed Saddiq Dikepung?

SHAH ALAM – Pemimpin DAP mempersoalkan di manakah pihak polis ketika Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikepung dan memaksa Menteri itu memanjat pagar untuk melarikan diri malam kelmarin.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, walaupun pihak polis sudah menahan dua orang yang didakwa terlibat, namun katanya tindakan itu masih belum mencukupi.

“Apa yang berlaku di dalam negara jika polis gagal menjaga Menteri Persekutuan dan tidak bertindak dengan segera?

“Jika ini boleh berlaku kepada Menteri Kabinet, jadi bagaimana pula dengan rakyat Malaysia biasa?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Charles mahu pihak polis menyiasat dengan terperinci dan memastikan siapakah dalang yang merancang kejadian ini.

“Saya tahu banyak soalan yang timbul, tetapi saya percaya ia adalah kebimbangan ramai rakyat Malaysia yang juga takut dengan budaya ugutan untuk mencapai matlamat sesetengah individu,” katanya.


Kelmarin, Syed Saddiq mendakwa beliau bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor diserang sekumpulan individu ketika menghadiri perjumpaan di Savanah Hill Resort, Ulu Tiram.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu dalam satu kenyataan di akaun Instagram miliknya memberitahu, pertemuannya bersama ahli Armada dan Srikandi Bersatu Johor itu turut dicemari dengan laungan kata-kata kesat dan perbuatan tidak beradab.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. – Sinar Harian

Kategori