Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Melacurkan Diri: Ibu Tunggal...

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal berumur 30 tahun dijatuhkan hukuman enam sebatan...

Jangan Tergesa-Gesa Mansuhkan Akta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta tidak terburu-buru untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar...

SPRM Sah Tuduh Dulu...

ANEH... Selepas dikecam netizen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya buat pusingan U apabia...

Dipuji Selamat Anjing Tersangkut...

JASIN - Gambar dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jasin, menyelamatkan seekor...

Harga RON95, RON97 Naik 2 Sen, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 bagi tempoh 22 Februari 2020 sehingga 28 Februari naik sebanyak 2 sen kepada RM2.38 seliter.

Manakala harga RON95 naik sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.08 seliter manakala harga diesel kekal pada harga RM2.14 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.14 seliter.

Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.06 seliter manakala diesel berada pada paras yang sama RM2.14 seliter.

Justeru, harga runcit bagi bagi petrol RON95 dinaikkan pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit bagi diesel dikekalkan pada harga RM2.14 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi
produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi.

Kategori