Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hukum Pegawai Sebabkan Pembaziran...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan merangka satu undang-undang bagi membolehkan tindakan punitif diambil terhadap...

Keluarga Mangsa Bot Terbalik...

KEMAMAN - Keluarga pasangan suami isteri yang mati lemas dalam kejadian bot terbalik...

Banjir: 8 kampung Di...

KUALA LUMPUR - Sembilan kawasan termasuk lapan kampung di Hulu Selangor mengalami gangguan...

Wartawan Ciplak Di Media...

GEORGETOWN - Kalangan ahli akademik dalam bidang komunikasi di Malaysia dan Indonesia menzahirkan...

Hasil Siasatan Kondominium Runtuh Siap Dalam Sebulan

KUALA LUMPUR – Keputusan siasatan ke atas sebahagian struktur kondominium 37 tingkat dalam pembinaan yang runtuh di Taman Desa, Jalan Klang Lama pada Jumaat lepas dijangka siap dalam sebulan, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau berkata, pegawai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berada di lapangan sejak insiden itu berlaku untuk mengumpul maklumat dan bukti bagi menjalankan pelbagai aspek siasatan.

“Berkaitan insiden itu, saya ingin mengingatkan peserta industri pembinaan supaya mematuhi undang-undang, peraturan dan garis panduan berkaitan pembinaan.

“Adalah jelas mengikut akta, semua pekerja perlu didaftarkan dengan CIDB selain daripada memastikan bahan binaan dan produk menepati standard tinggi di bawah Perakuan Pematuhan Standard (PPS),” katanya sempena pelancaran Portal Maklumat Pembinaan Sehenti CIDB – Convince semalam.

CIDB sedang menyiasat insiden itu di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, iaitu Seksyen 33D(1) mengenai Sijil Pematuhan Standard, Seksyen 33A(1) mengenai pendaftaran pekerja dan akreditasi serta Seksyen 25 (1) berkaitan pendaftaran kontraktor.

Sementara itu, portal Convince yang merupakan inisiatif utama di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) dari 2016 hingga 2020 kini boleh diakses oleh semua pemegang kepentingan industri.


Convince menyediakan maklumat terkini dan dikemas kini dalam bentuk perangkaan pembinaan interaktif, perkhidmatan permintaan data, penerbitan digital dan direktori pencarian.

Baru berkata, maklumat yang disediakan menerusi Convince akan membolehkan organisasi membuat formulasi dasar lebih berkesan, perancangan strategik dan ramalan industri pembinaan.

“Mempunyai akses maklumat pembinaan komprehensif akan membolehkan peserta industri dan pemegang kepentingan membuat keputusan berdasarkan maklumat dan mengurangkan risiko perniagaan.”

Kategori