Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Raja Salman Dikurniakan Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan...

Pasukan Keselamatan Filipina Beri...

BANGI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat maklum balas positif dari pihak...

Siti Dedikasi Entri Penghargaan...

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima...

Timbalan PM UK Letak...

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Britain, Dominic Raab meletakkan jawatan hari ini, selepas terpalit...

Hasni Angkat Sumpah Menteri Besar Johor Ke-18

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Datuk Dr. Sahruddin Jamal dari Bersatu hari ini.

Hasni, 61, ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor juga Pengerusi UMNO Johor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di Istana Bukit Serene di sini.

Peristiwa itu dikongsi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di akaun Facebooknya kira-kira jam 5.30 tadi.

Rabu lalu Sultan Ibrahim bertemu dengan 54 ADUN Johor untuk mengetahui pilihan mereka susulan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Ia akan menjadikan pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Dr. Sahruddin yang dilantik Menteri Besar ke-17 pada 14 April 2019 memegang tampuk kepimpinan bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan selepas 11 bulan mentadbir kerajaan negeri. – Sinar Harian

Kategori