Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lucu! Iklan Yang Tak...

SECARA umumnya pengiklanan Google di halaman web sudah lama diperkenalkan dengan menggunakan plaform...

Penuntut UiTM Cedera, Jatuh...

BESUT - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang terpaksa menempuh saat...

Samsung Akan Menjual Galaxy...

IPHONE 6S dan 6S Plus yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia semalam hadir...

Lapangan Terbang Brussels Terus...

BRUSSELS - Lapangan terbang Brussels kekal ditutup sekurang-kurangnya sehingga Sabtu ini susulan serangan...

Henti Politik Isu Keluarga Indira Gandhi – KPN

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta supaya berhenti mempolitikkan isu keluarga M Indira Gandhi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, banyak ‘pakar’ menjadi ‘jaguh’ di luar tanpa memikirkan kesan kepada anak pasangan berkenaan yang kini berusia 11 tahun. 

“Di Malaysia ini orang mati juga dipolitikkan, sudah tidak ada sekatan agama, budaya. Semua benda hendak dipolitikkan. Di mana maruah kita? Kita sedap bercakap tanpa memikirkan kesannya. 

“Kita seronok cakap pasal isu ini, kita dapat manfaat politik, kita dapat dilihat jaguh agama, jaguh NGO. Tolong henti daripada pentingkan diri. Percayalah, saya ikhlas hendak bantu kes ini, maka jangan dipolitikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes Indhira Gandhi selepas sidang media majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Bukit Aman, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata pendedahan beliau yang mengetahui lokasi bekas suami Indira, Muhammad Ridhuan tempoh hari dibuat kerana beliau mempunyai maklumat dan ingin menyelesaikan segera masalah kedua-dua pihak. 

Muhammad Ridhuan melarikan anaknya Prasana pada 2009 ketika dia berusia 11 bulan, selepas lelaki itu memeluk Islam dan tidak lagi menggunakan nama asalnya, K Pathmanathan.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara ketika itu, Khalid Abu Bakar untuk menahan Muhammad Riduan dan mematuhi perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh dua tahun sebelum itu untuk mendapatkan Prasana.


Pada Januari 2018, Mahkamah tertinggi itu juga membatalkan penukaran agama Prasana dan dua adik-beradiknya kepada Islam. 

Dua anak Indira tinggal bersamanya manakala Riduan masih bersembunyi bersama Prasana.

Sementara itu, mengenai pertukaran Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din ke Bukit Aman, Abdul Hamid berkata: “sukar saya nak jawab tetapi kalau dilihat daripada latar belakang Kamarudin ini, dia adalah seorang yang pakar siber daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

“Sudah tiba masanya untuk beliau (Kamarudin) tukar dan kembali ke Bukit Aman,” katanya.

Semalam Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu dengan memangku pangkat CP berkuatkuasa 6 Mac.

Mohd Kamarudin dipindahkan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Kategori