Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Bagi Anjing Makan...

MAJORCA - Polis Sepanyol menahan seorang wanita warga Rusia atas tuduhan membunuh suaminya...

Kepantasan Pemain Indonesia Ini...

KEPANTASAN pemain bola sepak divisyen pertama Liga Indonesia ini yang memecut laju sebelum...

“Saya Tidak Mahu Lagi...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Gegendang Telinga Justin Bieber...

London - Justin Bieber mungkin terpaksa dibedah selepas gegendang telinganya mengalami kecederaan.Bintang pop...

Hospital Di Wuhan Guna Robot Dilengkapi Teknologi 5G

WUHAN – Dua hospital di Wuhan menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin bagi mengurangkan infeksi silang, lapor agensi berita Xinhua.

Satu robot, dipasang dengan kemudahan skrin interaktif, digunakan di dewan hospital untuk membimbing pesakit bagi menjalani diagnosis dan mempromosikan maklumat mengenai pencegahan wabak, menurut syarikat yang membangunkan robot itu, CloudMinds.

Satu lagi robot diprogramkan untuk membersihkan dan menyahjangkit kawasan kuarantin serta menghantar ubat-ubatan.

Robot itu disumbangkan ke hospital yang dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti novel koronavirus, menurut syarikat itu.

Robot ditugaskan di barisan hadapan dalam membantu China memerangi wabak koronavirus selain untuk mengurangkan risiko infeksi silang dan meningkatkan kecekapan.

Pengilang robot Siasun dan Institut Automasi Shenyang Akademi China sedang membangunkan robot yang boleh menggantikan jururawat dalam menjalankan ujian pada tekak untuk mengesan virus itu.

Kategori