Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir, Anwar Tiada Asas...

KUALA LUMPUR - Kedua-dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH), baik Perdana Menteri, Tun...

Lelaki Tampar Imam Masjid...

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM12,000 kepada seorang lelaki warga...

Akhirnya, Izara Aishah Mengaku...

Dengan beberapa keping gambar mereka berdua bertebaran di internet dan menjadi bualan ramai,...

Aishah Terima Banyak Tajaan...

SEMALAM, isu penyanyi Aishah yang dikatakan tidak mendapat tajaan dalam program Gegar Vaganza...

Hospital Sementara Di China Mula Terima Pesakit Koronavirus

WUHAN – Sebuah pusat pameran di Wuhan yang diubah suai menjadi hospital sementara untuk merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus memulakan operasinya semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Hospital itu mempunyai kira-kira 1,600 katil.

Selain itu, dua lagi kemudahan awam yang diubah suai menjadi hospital sementara dilengkapi 2,800 katil mula menerima pesakit yang mempunyai gejala ringan.

Berdepan tugas sukar untuk merawat pesakit yang ramai, Wuhan meningkatkan usaha membina dan mewujudkan lebih banyak kemudahan perubatan.

Pada 3 Februari, kerja pengubahsuaian bermula di 13 tempat termasuk gimnasium, pusat sukan dan pusat pameran.

Pada masa ini, Wuhan mempunyai 28 hospital yang dikhaskan untuk merawat pesakit dijangkiti virus maut itu menyediakan lebih 8,250 katil, kata timbalan setiausaha Parti Komunis China Jawatankuasa Perbandaran Wuhan Hu Lishan pada sidang akhbar mengenai kawalan dan pencegahan wabak koronavirus.

Berikutan hospital berdepan masalah kekurangan katil, Wuhan melipatgandakan usaha dengan menjadikan hospital swasta, hotel, sekolah dan tempat-tempat lain yang sesuai sebagai pusat kuarantin, pemerhatian dan merawat pesakit.

Hubei telah melabur dana berjumlah 400 juta yuan (lebih AS$57 juta) untuk membina tempat merawat pesakit di seluruh wilayah itu.


Sejumlah 16,678 kes jangkitan koronavirus dilaporkan di wilayah Hubei kelmarin.

Jumlah kematian akibat novel koronavirus di wilayah Hubei, China meningkat kepada 549 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Wilayah hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti juga meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665.

Lebih 630 lagi dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Sputnik.

Wabak koronavirus (2019-nCoV) pertama kali dikesan di bandar Wuhan di Hubei pada Disember, sejak itu virus tersebut merebak ke lebih 25 buah negara.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran penularan wabak itu.

Kategori