Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru Wanita Dikhuatiri Lemas...

SUNGAI PETANI - Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai...

PAS Tak Tetap Syarat,...

SHAH ALAM - PAS menyarankan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar individu...

Kisah Lengan Baju Tunku...

TANGGAL 14 Ogos 2017 lalu menjadi hari cukup bersejarah buat Tunku Tun Aminah...

Kerajaan Kelantan Cukup Bersedia...

TUMPAT - Kerajaan Kelantan pimpinan PAS kini sudah cukup bersedia untuk melaksanakan Kanun...

Imigresen Nafi Lancar Operasi Di Kawasan Ibadat Batu Caves

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menafikan laporan sebuah akhbar bahawa jabatan itu melakukan operasi penguatkuasaan di dalam kawasan ibadat Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves pada Jumaat lepas, sebaliknya ia dijalankan di kawasan perniagaan sekitar perkarangan kuil itu.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud juga berkata jabatan itu sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan dengan penuh tanggungjawab dan secara berintegriti, adil serta saksama.

“Setiap operasi yang dilakukan oleh jabatan ini sentiasa mematuhi Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen mengenai Tatacara Pengendalian Operasi Penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berhubung operasi di Batu Caves itu, beliau berkata pihaknya menerima aduan melalui memorandum oleh badan bukan kerajaan (NGO) mengenai warga asing yang berniaga di gerai-gerai perkarangan kuil berkenaan.

Selain itu, jabatan itu turut menjalankan risikan dan mendapati terdapat warga asing yang berniaga di kawasan terbabit.

Jumaat lepas, tular di media sosial yang memaparkan kira-kira 50 anggota penguat kuasa imigresen Selangor dihalau keluar sekumpulan individu dari kawasan peniaga haram dipercayai dikendalikan warga asing di Batu Caves.

Berhubung dakwaan pihak imigresen tidak mengambil tindakan di pasar-pasar borong, Khairul Dzaimee berkata setakat 14 Feb tahun ini, sebanyak 21 operasi dilaksanakan dengan 138 orang diperiksa dan 89 pendatang asing tanpa izin ditangkap.


Manakala, sepanjang tahun lepas, 726 pendatang asing tanpa izin serta 54 majikan ditahan sepanjang 133 operasi di pasar-pasar borong sekitar Lembah Klang.

“Namun begitu, terdapat juga warga asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah untuk bekerja di lokasi tersebut,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Imigresen memeriksa 28,994 individu melalui 2,292 operasi penguatkuasaan di seluruh negara sehingga 14 Februari lepas bagi mengesan pendatang tanpa izin.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 7,760 pendatang tanpa izin serta 135 majikan ditahan.

Kategori