Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Uqasha Senrose Penyebab Fazura,...

SEJAK mengumumkan berita tentang pertunangan mereka, pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura...

DAP Keluar Resolusi Kecam...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi mengeluarkan...

Desak AS Berhenti Jadi...

KUALA LUMPUR - Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) hari ini berhimpun di Kedutaan Amerika...

Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu...

Insiden Ganggu Syed Saddiq Dapat Perhatian Kabinet

PUTRAJAYA – Kabinet memandang serius insiden kekecohan dan provokasi terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika beliau menghadiri satu majlis di Ulu Tiram, 1 Februari lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, tindakan kasar dan biadap yang tidak mencerminkan akhlak yang baik itu perlu dikecam.

Kenyataan itu berkata, Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk di negeri yang tidak menghormati undang-undang negara termasuk yang tidak mematuhi arahan Kerajaan.

“Negara mempunyai undang-undang. Kerajaan mengamalkan kedaulatan undang-undang (Rule of Law) dan semua pihak tanpa kecuali, harus mematuhi undang-undang negara.

“Pihak berkuasa juga mesti menegakkan undang-undang secara telus dan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut, hanya mereka yang menganggotai Kerajaan yang berhak memberi arahan.


Bagaimanapun katanya, jika arahan bercanggah dengan undang-undang atau prosedur operasi standard (SOP), petugas tidak perlu bertindak.

“Prinsip kedaulatan undang-undang hendaklah sentiasa dipatuhi,” katanya.

Dalam insiden itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu dikatakan diganggu kira-kira 200 individu yang didakwa berlagak seperti gangster ketika beliau makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram.

Syed Saddiq yang kemudian memuat naik kenyataan di akaun Instagram itu memaklumkan, pertemuannya yang turut bersama ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor dicemari dengan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesaknya keluar dari Johor. – BH Online

Kategori