Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kedai Emas Di Sungai...

SUNGAI PETANI - Sebuah kedai emas di Jalan Dewa dekat sini kerugian RM100,000...

Industri Kreatif Dibenar Operasi,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor industri kreatif beroperasi bermula esok...

Demam Denggi Meningkat Di...

KANGAR - Lapan kes demam denggi dilaporkan di Perlis bagi minggu bermula 27...

3 Sekeluarga Ditahan Bantu...

SERDANG - Sepasang suami isteri berserta seorang anak perempuan mereka ditahan bagi membantu...

Isu Sajat Dirujuk Ke JAIS

KUALA LUMPUR – Isu identiti membabitkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat akan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya berkata, JAIS mempunyai langkah sesuai dalam mengendali isu berkenaan.

“Agar kerja yang dilakukan bijaksana, hikmah dan tuntas.

“Kali ini kita sudah mohon kerjasama JAIS untuk mengambil langkah yang bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri Selangor,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.

Paimuzi mengulas kenyataan Sajat semalam, yang memaklumkan sedia bertemu JAKIM untuk menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi, selepas kontroversi yang tercetus ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.


Sajat mahukan panduan jelas dan terperinci bagi menyelesaikan isu identiti dirinya, selain mendakwa usahanya sebelum ini tidak mendapat kerjasama penuh daripada agensi agama itu.

Sebelum ini, tindakan Sajat memakai telekung ketika mengerjakan ibadat umrah dan berkongsi paparan menerusi media sosial menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Kontroversi itu menarik perhatian pelbagai pihak termasuk mufti, malah mencetuskan kebimbangan kepada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) jika Arab Saudi menarik balik penggunaan visa pelancongan kepada jemaah Malaysia. – BH Online

Kategori