Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala...

KOTA BHARU - Operasi mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan 'kepala air'...

Pindah Tapak Pasar Tani...

MUAR - Cadangan untuk memindahkan tapak Pasar Tani Mega di sini ke satu...

Rafizi Didenda Kerana Aibkan,...

PETALING JAYA - Naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini didenda RM1,800...

SPRM Sah Penderma RM2.6...

PUTRAJAYA - Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion...

Itu Keputusan Pakatan Harapan – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pencalonan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan adalah keputusan Pakatan Harapan (PH).

“Itu PH punya keputusan,” katanya ringkas sambil tersenyum ketika ditanya berhubung perkara itu.

Terdahulu, beliau bersama isterinya yang juga Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan meninggalkan kediamannya di Segambut di sini, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Ditanya ke mana tempat beliau akan pergi selepas ini, Anwar sekadar menjawab: “ke kantor (pejabat).”

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, beliau mendapat sokongan penuh daripada PH sebagai calon Perdana Menteri kelapan berikutan perletakan jawatan Dr. Mahathir.

Keyakinan disandarkan Ahli Parlimen Port Dickson menerusi ciapan di Twitternya itu, berpaksikan janji dibuat Ahli Parlimen yang didakwanya akan menyokongnya, berdasarkan keputusan individu bukan parti. – BH Online

Kategori