Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Trump Tonton TV 8...

DONALD Trump menonton siaran berita televisyen kabel sehingga lapan jam sehari, menurut laporan...

Trak Bahan Api Meletup,...

LAGOS - Sembilan maut apabila sebuah trak membawa bahan api meletup hingga menyebabkan...

Isu Gaduh Siber, Kiera...

SELALUNYA hari Ahad merupakan hari berehat dan bersenang-lenang di rumah tanpa sebarang gangguan....

13 Ahli Sindiket Dadah...

JOHOR BAHRU - Seramai 13 ahli sindiket yang dipercayai terlibat dengan rampasan dadah terbesar...

Jawatankuasa Khas Telah Bentang Hasil Kajian Hukuman Mati

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori telah membentangkan hasil kajian mereka yang mengandungi beberapa cadangan berhubung perkara itu kepada kerajaan, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum. membentangkan hasil kajian yang amat komprehensif, mengandungi laporan setebal 128 muka surat kepada beliau.

“Pejabat saya sedang mengkaji kandungan laporan rasmi itu serta cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa khas ini.

“Dalam beberapa minggu akan datang, satu kertas Jemaah Menteri mengenai hasil kajian jawatankuasa khas ini serta cadangannya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

“Semua tindakan dan keputusan lanjut mengenai laporan rasmi itu serta cadangan-cadangan di dalamnya akan diambil berlandaskan keputusan kolektif Jemaah Menteri berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Vui Keong berkata, jawatankuasa khas itu mengadakan pelbagai sesi libat urus di seluruh negara bersama segmen masyarakat berbeza dalam tempoh empat bulan sejak ia memulakan kajian pada 20 September lalu.


Antara pihak yang terbabit dalam sesi libat urus adalah agensi-agensi penguatkuasaan dan kerajaan, kumpulan keagamaan, keluarga banduan yang akan menjalani hukuman mati, anggota keluarga mereka, ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Pakar-pakar antarabangsa di seluruh dunia termasuk dari Universiti Oxford dan Cambridge di United Kingdom turut memberikan pendapat mereka,” menurut kenyataan itu.

“Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan kepada jawatankuasa khas ini atas usaha cemerlang mereka dalam mengkaji hukuman-hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori. Ia bukannya sesuatu yang mudah dilakukan,” katanya.

Vui Keong berkata, laporan rasmi ini adalah satu kajian penting yang mempunyai keupayaan untuk mengubah keseluruhan landskap dasar negara berhubung hukuman jenayah selaras dengan usaha kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori di Malaysia.

Kategori