Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana...

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Piala AFC: Jepun Melangkah...

PASUKAN Jepun mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)...

Parah Ditembak Jiran Di...

Miri - Nyawa ibarat telur di hujung tanduk, itulah keadaan dilalui seorang lelaki...

Warga Asing Banjiri Ibu...

KUALA LUMPUR - Tatkala warga kota masih menyambut Syawal kedua di rumah dan kampung halaman masing-masing, ibu kota pula dibanjiri warga asing yang...

JPN Kaji Dasar Pendaftaran Anak Tak Sah Taraf

KOTA BHARU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pejabat Peguam Negara dan semua mufti bagi mengkaji dasar sedia ada, selain mengguna pakai satu dasar sahaja dalam proses pendaftaran anak tidak sah taraf.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, berkata buat masa ini, terdapat dua pilihan bagi pendaftaran anak tidak sah taraf iaitu berbinkan Abdullah atau menggunakan nama Asmaul Husna.

Mengikut statistik pendaftaran kelahiran, seramai 25,567 anak tidak sah taraf didaftarkan dengan JPN sejak 2019 sehingga bulan lalu termasuk bagi perkahwinan yang tidak mencukupi enam bulan.

Beliau berkata, perbincangan itu nanti akan membincangkan mekanisme yang lebih sesuai dalam proses pendaftaran anak tidak sah taraf supaya tidak berlaku pertembungan.

“Kita tahu kebanyakan negeri mempunyai peraturan dan enakmen masing-masing. Salah satu tindakan, kita juga akan menjalin hubungan dengan pejabat agama negeri bagi mencari penyelesaian dari segi dasar, selain melihat penambahbaikan atau peraturan baru dikeluarkan.

“Setakat ini, perbincangan sudah bermula di peringkat KDN terlebih dahulu dan kita akan keluarkan satu arahan baru dengan dasar sedia ada dalam masa terdekat. Di peringkat JPN, kita sedang melihat kesesuaian dengan keputusan mahkamah baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada lapan beranak di belakang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Ruslin berkata, perbincangan penuh dengan pihak berkaitan akan dilakukan selepas JPN menerima alasan penghakiman susulan kes mahkamah baru-baru ini.


“Lanjutan keputusan mahkamah baru-baru ini membabitkan kes di Johor yang memutuskan pihak JPN mengeluarkan bin Abdullah, kami akur dengan keputusan berkenaan.

“Dalam konteks ini secara teknikal nama anak akan jadi ‘seketul’ sahaja. Setakat ini, kita belum membuat tindakan selagi tidak menerima alasan penghakiman, namun kes berkenaan hanya berlaku di Johor sahaja,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh dibin atau dibinti dengan nama bapanya.

Panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan dikemuka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 2017, memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa, sebaliknya perlu ‘dibin atau binti Abdullah.’ – BH Online

Kategori