Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Semakan Pusat Mengundi Bermula...

KUALA LUMPUR - Semakan maklumat pusat mengundi bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14)...

Gempa Bumi Berukuran 4.9...

KATHMANDU - Gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter mengegarkan Nepal awal pagi...

Masyarakat Benteng Utama Kekang...

MELAKA - Benteng utama mengekang penularan gerakan militan IS di negara ini, bukan...

Kenapa Malu Beritahu Punca...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menemplak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana...

Kadar Pesakit Sembuh Koronavirus Seluruh Dunia Lebih Tinggi

PUTRAJAYA – Bilangan keseluruhan pesakit yang sembuh daripada jangkitan koronavirus lebih tinggi berbanding jumlah kematian direkodkan di peringkat global.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan berdasarkan dapatan Sistem Maklumat Geografi, Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati 3,496 daripada 40,555 kes positif virus itu telah sembuh.

Beliau berkata, jumlah pesakit yang sembuh itu menyaksikan antaranya 3,468 kes di China, 10 kes di Thailand, dua kes di Singapura manakala tiga kes di Malaysia.

“Perkara ini perlu dilihat sebagai satu perkembangan positif bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia.

“Ia satu berita baik bahawa jangkitan koronavirus tidak semestinya berakhir dengan kematian, kalau ada penyakit lain, kemungkinan kematian lebih besar,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama, di pejabatnya di sini, semalam.

Untuk rekod, setakat 10 Februari, tiga kes pesakit koronavirus yang sembuh di Malaysia melibatkan warga China iaitu dua lelaki berusia 63 dan 40 tahun serta kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.


Ditanya mengenai sama ada fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara akan memburukkan penularan jangkitan koronavirus, Dzulkefly menjelaskan ia dijangka tidak memberi impak.

Sebaliknya, beliau menjangkakan keadaan itu dapat mengurangkan penularan kerana virus itu dilihat lebih aktif merebak dalam cuaca sejuk.

“Di China, virus ini merebak ketika musim sejuk dan kebanyakan virus melibatkan penyakit seperti radang paru-paru ini lebih suka (aktif) pada musim sejuk.

“Pada musim panas ini, kita jangka tidak beri kesan kerana virus mati dalam suhu tinggi (apabila virus berada di luar badan atau di atas permukaan sesuatu objek),” katanya. 

Kategori