Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Robot Usir Gelandangan Di...

SAN FRANCISCO - Sebuah pusat perlindungan haiwan di sini terpaksa menggunakan khidmat robot...

Najib Hadiri Malam Wartawan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Malam Wartawan...

PLUS Sedang Muktamad Mekanisme...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sedang berbincang dengan kerajaan untuk memuktamadkan...

50 Pemuda Pas Keluar...

KIRA-kira 50 perwakilan Pemuda PAS bertindak keluar dewan ketika Timbalan Presiden, Mohamad Sabu...

Kerajaan Dibentuk Tanpa Restu Pengundi Akan Terima Padah

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan bahawa sesebuah kerajaan yang dibentuk tanpa restu daripada pengundi akan menerima padah pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan pendirian UMNO untuk tidak menubuhkan kerajaan baharu menerusi kerjasama dengan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Mesyuarat yang dinyatakan oleh Datuk Lokman Adam mengenai dakwaan yang mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ingin bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanyalah satu mesyuarat yang membabitkan satu jawatankuasa kecil mengenai kolaboratif peringkat nasional.

“Ia bukanlah Mesyuarat Tertinggi UMNO dan jika ada sesiapapun menyebut tentang perkara ini maka ia bukanlah pendirian parti. Jika kita menerima tawaran atau Dr. Mahathir menawarkan kepada kita, ia adalah tidak demokratik,” katanya dalam satu temubual bersama akhbar The Star di Petaling Jaya hari ini.

Pada 3 Februari lalu, Lokman yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan satu rakaman video yang mendakwa Ahmad Zahid mahu mengadakan kerjasama dengan Dr. Mahathir demi kepentingan Melayu.


Sementara itu, Mohamad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau, tidak wujud istilah kerajaan pintu belakang sebaliknya sesebuah kerajaan boleh dibentuk menerusi saluran yang sah iaitu menerusi pilihan raya.

“Membentuk kerajaan menerusi cara yang salah akan menyebabkan semua pihak tidak dianggap sebagai pemenang sebaliknya semua orang kalah.

“Rakyat yang mengundi kita pada pilihan raya yang lalu tidak akan mempercayai kita lagi dan pengundi yang akan mengundi PH juga akan melakukan yang sama,” katanya. – Sinar Harian

Kategori