Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Undang-Undang ‘Jewish...

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang 'Jewish nation-state' oleh Parlimen Israel pada...

Kerajaan Tidak Pernah Bincang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti...

Bil Air Naik Kadar...

KUALA LUMPUR - Lebih lima buah keluarga di Pantai Dalam dan Bukit Jalil,...

Sidang DUN Selangor Tegang...

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula hari ini...

Kerajaan Kesal Sajad Bertelekung Di Tanah Suci

PUTRAJAYA – Kerajaan kesal dengan tindakan usahawan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzaman dan rakan-rakan yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

“Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad, 35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.

“Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai yang terganggu dengan tindakan tersebut.

“Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya.

“Apabila di Makkah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita.


“Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita,” katanya.

Mujahid berkata, pihaknya akan memanggil semua agensi pelancongan untuk memastikan perkara itu tidak berulang.

“Sudah tentu. Sepatutnya agensi ini yang perlu membuat penelitian supaya tindakan itu tidak menjejaskan sensitiviti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan Muhammad Sajat dan rakan-rakannya itu tidak akan menjejaskan kuota haji negara.

“Ini lebih kepada masalah individu yang perlu ditangani iaitu tiada salahnya jika dia pergi (Makkah) dalam keadaan lelaki,” katanya.

Terdahulu Muhammad Sajat memuatnaik gambar-gambar dan video di Makkah.

Dia yang masih berada di Tanah Suci itu menunaikan umrah bersama ibu bapanya dan beberapa rakan transgender yang lain. – Sinar Harian

Kategori