Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dapat Cium Hajar Aswad,...

WALAUPUN baru dua tahun penyanyi ini memeluk Islam, nampaknya rezeki Marsha Milan untuk...

KDN Belum Terima Laporan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu laporan penuh daripada pasukan petugas...

Lelaki India Nama Cina...

SEGAMAT - Seorang lelaki yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi...

Air Manis Pendekkan Jangka...

CAMBRIDGE - Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman...

Kes Pertama Covid-19 Dilaporkan Di London

LONDON – Kes pertama disahkan koronavirus (Covid-19) dilaporkan di bandar raya London semalam, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Mangsa seorang wanita dipercayai dibawa pulang dari China, tempat beliau disyaki dijangkiti virus itu.

Wanita itu kini dirawat di sebuah hospital London.

Awal minggu ini, kerajaan British mengisytiharkan Covid-19 sebagai ancaman serius dan pasti akan mengancam kesihatan awam.

“Seorang lagi pesakit di England telah diuji positif Covid-19, menjadikan jumlah kes di United Kingdom sembilan kes,” kata Ketua Pegawai Perubatan Britain, Prof. Chris Whitty.


“Virus itu disebarkan dari China dan pesakit telah dipindahkan ke pusat pakar NHS di ‘Guy and St Thomas’ di London,” katanya.

Gabenor Bank of England Mark Carney mengatakan dari perspektif ekonomi, virus itu telah mengatasi sistem pernafasan akut teruk (SARS).

Jumlah kematian di seluruh dunia kini melebih 1,100, dengan bilangan keseluruhan kes hampir 45,000.

Kategori