Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

6 Sekeluarga Maut Ditembak...

KUALA LUMPUR - Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut dipercayai ditembak di perairan...

iPhone 8 Plus Didakwa...

BEIJING - Insiden terbaharu melibatkan peranti iPhone 8 yang mengalami masalah bateri menggelembung...

Gangguan Seksual: Anggota Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap...

Ini 5 Destinasi Percutian...

BERGELAR penyanyi no.1 negara, pastinya banyak negara sudah dijelajahi Datuk Siti Nurhaliza demi...

Kubur Lama Hampir 100 Tahun Muncul Di Tasik Pedu

KUALA NERANG – Tanah perkuburan di Tasik Pedu berusia hampir 100 tahun timbul kembali sejak dua minggu lalu akibat air di tasik buatan manusia itu surut kesan musim kemarau sejak Disember tahun lalu.

Tapak perkuburan lama itu masih jelas kelihatan terutamanya batu- batu nisan selepas Tasik Pedu surut sehingga menampakkan daratan akibat kemarau.

Iman Masjid Tong Pelu, Pedu, Mohd Khairi Idris, 54, berkata, tapak perkuburan di perkampungan lama yang dulu dikenali Kampung Mong Gajah itu kali terakhir dapat dilihat pada tahun 2016 semasa negara dilanda musim El Nino.

Menurutnya, kebanyakan waris terutamanya cucu dan cicit mengambil kesempatan menziarahi kawasan perkuburan tersebut dan mengadakan tahlil kerana peluang seperti itu jarang berlaku.

“Memang tiap-tiap tahun akan diadakan majlis tahlil dan pakatan kenduri buat arwah di pondok berhampiran Tasik Pedu ini dan peluang untuk ziarah kubur ada pada tahun ini selepas air tasik surut.

“Sebelum ini memang ada cadangan untuk memindahkan kubur-kubur ini ke kawasan lain namun atas lawatan dan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Mufti, ia tidak menjadi keperluan lagi untuk dipindahkan kerana perkuburan ini sudah berusia lebih 50 tahun ke atas,” katanya yang ditemui selepas mengadakan tahlil ringkas bersama penduduk kampung semalam.

Jelas Khairi, bagi memelihara kawasan perkuburan tersebut, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) telah membina pagar besi mengelilingi kawasan perkuburan seluas 0.3 hektar itu pada tahun 2006.Antara telaga lama yang masih ada dan dipercayai menjadi sumber air penduduk Kampung Mong Gajah satu ketika dulu. 

Sementara itu, seorang waris, Sarimah Manas, 56, berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk menziarahi kubur datuknya yang disemadikan di tanah perkuburan itu kerana tidak tahu bila lagi peluang tersebut akan ada.


Menurutnya, ibunya, Aisyah Abdullah, 75, semasa kecil pernah tinggal di kampung tersebut sebelum diarahkan berpindah bagi memberi laluan kepada projek tadahan air pada 1966 dan empangan itu siap sepenuhnya pada tahun 1969.

“Banyak lagi kampung yang ditenggelamkan di sini seperti Kampung Kuala dan Kampung Durian tetapi kampung-kampung itu itu tidak pernah timbul termasuklah tanah perkuburan di kampung berkenaan.

“Hanya tapak Kampung Mong Gajah dan kawasan perkuburan nya sahaja yang timbul,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di tapak perkuburan Kampung Mong Gajah itu dilihat masih berada di dalam keadaan baik walaupun sudah ditenggelami air lebih 50 tahun.

Selain itu, tapak kampung tersebut masih ada tinggalan serpihan batu bata dipercayai telaga yang menjadi sumber air penduduk kampung berkenaan satu ketika dulu. – Sinar Harian

Kategori