Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bibir Murid Sekolah Tersekat...

MALANG tidak berbau. Itu yang terjadi kepada seorang murid sekolah apabila bibirnya tersekat...

Jerebu: USIM Tangguh Sesi...

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menangguhkan sesi pengajian di...

Operasi Cari Warga Emas...

BAGAN DATOH - Usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika...

Terperangkap Dalam Kereta Kebal...

MOSCOW - Seorang anggota Parlimen Rusia dilapor tersekat di dalam sebuah kereta kebal...

Kumpulan Azmin Tunggu ‘Lampu Hijau’ Ke Istana Negara

KUMPULAN 11 bekas Ahli Parlimen PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sedang menunggu ‘lampu hijau’ untuk bergerak ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kunjungan itu dipercayai bagi menyatakan pendirian dan sokongan masing-masing, bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong menentukan kumpulan yang berhak membentuk kerajaan.

Ia berikutan keputusan Dr. Mahathir Mohamad semalam yang meletak jawatan Perdana Menteri, sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu kerajaan baharu dibentuk.

“Kami tunggu arahan,” kata Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin ringkas ketika ditanya sama ada mereka akan turut ke Istana Negara, hari ini.

Semalam, PKR memecat Mohamed Azmin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa melakukan pengkhianatan secara terbuka.


Tidak lama selepas itu, Mohamed Azmin mengeluarkan kenyataan memaklumkan 11 Ahli Parlimen PKR termasuk dirinya, keluar daripada PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Selain Zuraida dan Willie, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.

Selain itu, Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin. – myMetro Online

Kategori