JAKARTA – Polis Indonesia selebriti Lucinta Luna selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Detiknews melaporkan bahawa ia selepas ujian saringan air kencing ketika dia ditahan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat.
Bagaimanapun, penahanan penyanyi dan penari yang memiliki nama asal Muhammad Fatah itu juga menimbulkan dilema apabila pihak berkuasa tidak tahu untuk menempatkannya sama ada di lokap wanita dan lelaki.
Selain, Lucinta Luna atau LL, tiga individu lain ditahan termasuk kekasih Lucinta Luna bernama Abash.
Bagaimanapun, polis turut mengesahkan Abash sebenarnya perempuan bernama Diah Ayu Ashari alias Abash.
“Jika di dalam kad pengenalan, dia (Abash) adalah perempuan,” katanya.
Media tempatan melaporkan, Lucinta, 30, dipercayai mengambil kokain.
Pihak berkuasa juga merampas bahan bukti di lokasi kejadian.
Sebelum ini, Lucinta pernah merakamkan lagu bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menerusi lagu Bobo Di Mana. – Agensi