Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: BN Selangor Tidak...

KUALA SELANGOR : Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon...

64,894 Ketua Isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Terdapat sejumlah 64,894 ketua isi rumah yang berdaftar di bawah...

Pengaruh Kosmetik Halal Makin...

KUALA LUMPUR – Pengaruh kosmetik halal termasuk dari Asia kini semakin berkembang di...

Majoriti Waris Setuju Pindah...

SHAH ALAM : Majoriti waris dan ahli keluarga yang terbabit dalam penggalian dan...

Lynas Terima Lampu Hijau Kabinet

PETALING JAYA – Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga tahun.

Sinchew Daily melaporkan, keputusan itu dibuat selepas Kabinet berpuas hati dengan Lynas yang telah mematuhi tiga syarat yang ditetapkan kerajaan.

“Kabinet telah membincangkan isu Lynas pada Rabu. Sebagai kerajaan, kami perlu memastikan pelabur kekal di sini.

”Kami telah memberi penjelasan kepada rakyat, memberitahu bahawa operasi Lynas adalah selamat,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Sumber itu menegaskan, kerajaan akan memastikan Lynas mematuhi secara ketat semua syarat yang ditetapkan kerajaan.

Tambahnya, keputusan Kabinet itu adalah keputusan terakhir memandangkan lesen operasi Lynas akan tamat tempohnya pada akhir Februari.

Menurut sumber itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan Kabinet tersebut.


Lembaga Pelesenan Tenaga Atom sebelum ini telah mengenakan tiga syarat kepada Lynas selepas memperbaharui lesen operasinya selama enam bulan.

Lynas antaranya perlu mengemukakan perancangan pembinaan kemudahan pemecahan serta larut-resap di luar negara bagi tujuan pemindahan proses ke negara berkenaan.

Selain itu, Lynas juga perlu mengenal pasti tapak untuk kemudahan pelupusan kekal serta membawa residu radioaktif ke luar negara.

Lynas turut dikehendaki menghentikan penyelidikan menjadikan residu radioaktif sebagai CondiSoil dalam pertanian. – MalaysiaGazette

Kategori