KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan membuat pengumuman khas hari ini.
Ia akan disiarkan secara langsung melalui RTM, Media Prima dan Astro pukul 4.45 petang.
Ia merupakan pengumuman pertamanya selepas dilantik menjadi Perdana Menteri interim.
Ia mungkin ada kaitan dengan kemelut kepimpinan yang berlaku sekarang atau mengenai rangsangan ekonomi akibat wabak Covid-19.
Sebelum itu sidang media terakhirnya dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan pada Jumaat lalu. – MalaysiaGazette